November 25, 2009

kegembiraan


Masalahnya di sini Alex, tak ada kegembiraan yang total untuk aku kongsi.

Sekejap, negatif sangat bunyi ayat tu. Belum ada kegembiraan yang total untuk aku kongsi. Aha. That's better.

Dan aku sendiri masih belajar dan belum memahami maksud sebenar gembira itu.

November 23, 2009

lagu hari ini VII


Kalau band ini masih wujud. Alamat, tak dapat cari makanlah MGMT.

November 22, 2009

semalam V







Kamus urban - 'Tahi disko'

Kalau 'tahi judi' bermaksud; orang yang gemar berjudi. Jadi, 'tahi disko' mungkin membawa maksud; orang yang suka berdisko. Aku rasalah.

November 19, 2009

merepek III

I would not be surprised that cell phones will soon be able to brew my morning coffee. - Hishamuddin Rais


Tak lama dulu, aku dan kawan-kawan yang lain pun pernah buat ramalan mengenai penggunaan telefon sel ini. Ada sesetengah ramalan kami macam mengarut dan tak praktikal untuk digunapakai (pada waktu itu) tetapi sekarang, kalau nak dibanding dengan ramalan yang kami buat dulu, tak jauh lari. Persis Nostradamus.

Aku tak terkejut kalau tak lama lagi, telefon sel boleh digunakan untuk seterika baju, tanak nasi, mencuci dan sebagainya. Dalam zaman moden ini, anything is possible. Asal ada imaginasi dan ide yang boleh dijual, boleh dipakai. Jalan.

Que sera, sera.

Tak mustahil satu hari nanti, manusia sudah tak memerlukan telefon sel. Semuanya siap diimplan di dalam tubuh badan. Tak perlu penat-penat nak geledah buku telefon. Tak payah penat-penat nak dail dan taip teks ringkas, MMS atau e-mel. Tak usah fikir-fikir fasal nak cari tempat untuk mengecas semula bateri.

Que sera, sera.

November 16, 2009

dua roda II

Percubaan. Satu.. dua.. tiga..


Dah lama tak mengayuh.
'Tangkap' lutut.


Dan, aksi balerina-balerina ini sangat melampau. Kagum saya.

November 13, 2009

public service announcement IV


Bantu haiwan di atas dan beberapa haiwan lain yang terkurung di makmal Universiti Utah, dari kekejaman manusia yang tak berhati perut, please.

Serius. Aku tengah emosional gila babi tengok gambar-gambar ini. (Amaran untuk mereka yang extra sensitif - tak payahlah tengok)

November 12, 2009

ultra bodoh II

Aku rasa, semakin lama hidup. Semakin bertambah senarai benda yang aku tak suka. Berderet. Dan semakin kerap juga benda-benda yang aku tak suka itu terjadi depan mata sendiri.

Tolonglah.

Ada akal, pakai.
Ada bijak, jangan gadai.

P.S - Tak sabar tunggu hujung minggu ini. Hip hip hip.